I memang minat memasak

Saturday, February 16, 2013

Salah satu hobi aku di masa lapang....

Assalammualaikum,



Salam pembukaan untuk blog aku yang tak seberapa ini...
Blog ini akan diisi dengan aktiviti kegemaran aku iaitu memasak, menanam pokok bunga dan juga mengemas rumah orang berniaga.






                                                                              














          Hari ni membosankan, suami keluar mencari rezeki, cuma aku dan anak2 aje di rumah. Biasanya aku tak suka keluar rumah, tambah2 lagi sekarang musim panas. Kegemaran aku di waktu cuti selain mengemas rumah, menanam pokok bunga, update blog, aku suka mencuba sesuatu resepi masakan.

Semalam ada berbincang dengan suami untuk membuat cucur udang. Dia dengan anak2ku hanya setuju aje. Tambahan lelaki kan kuat makan, lebih2 lagi anak2ku. Satu hari lebih 3 kali makan nasi, belum tambah yang sampingan lagi.

Inilah hasilnya dari dapurku;

Cucur Udang berkuahkan sos cili          
               






Jangan terliur ya....anda pun boleh cuba membuatnya. Bukan susah pun. Alah...masa kita kecik2 dulu , mak kita kan selalu buat untuk kita..Kalau area di Melaka ni, cucur udang memang biasa dimakan dan selalu dijual di tepi2 jalan atau restoran juga.

Kepada siapa yang belum pernah mencubanya dan ingin sekali merasa cucur udang dari Melaka ini, silalah tengok resepinya di bawah ya...

Bahan2 untuk cucur udang (anggaran 5 orang makan)

3 cawan tepung gandum (saya suka pakai cawan, senang nak sukat)
20 ekor udang (ikut suka udang besar atau kecil - dibuang kulit)
1 biji telur (untuk lembutkan dia bila dah sejuk, selalukan keras bila dah sejuk, ada orang x gunakan telur)
3 cawan air (ikut suka)
3 biji cili merah (dihiris bulat)
2 biji cili api (dihiris kecil2, kalau suka pedas tambah ikut suka)
1/2 ikat daun bawang (setengah orang pakai daun kucai) - hiris halus
1/2 sudu kecil bicarbonat of soda
segenggam sayur taugeh (ada org tak letak pun)
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

Untuk sos

10 biji cili merah 
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
Air secukupnya
sedikit cuka
sedikit tepung jagung atau tepung ubi (utk pekatkan sos)
sedikit gula
sedikit garam

Cara buat cucur udang

Gaulkan tepung gandum bersama dengan air, garam, daun bawang, cili hidup, cili api dan semua bahan2 untuk cucur udang hingga sebati ke dalam mangkuk.




Panaskan kuali dengan minyak secukupnya untuk menggoreng cucur udang kita. Panaskan senduk seperti gambar di bawah. (supaya cucur mudah tanggal dari senduk apabila menggoreng)




Masukkan cucur ke dalam senduk dan letakkan udang di atasnya kemudian goreng seperti di bawah ini, setelah 1 minit leraikan cucur dari senduk dengan menggunakan garpu atau sudip tajam. Kemudian ulang dengan cucur yang lain pula.


                          
Untuk membuat sosnya:

Blend cili merah, bawang putih, bawang merah bersama air sampai lumat. Kemudian masakkan bahan2 blender tadi ke dalam periuk. Letakkan garam, gula secukup rasa. untuk pekat, bancuhkan tepung jagung atau tepung ubi dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk tadi.

SIAP.........

Cubalah ya......petang2 makan memang sedap

Tunggulah resepi saya yang lain akan menyusul.

Assalammualaikum. 

No comments:

Post a Comment