I memang minat memasak

Tuesday, April 30, 2013

Enak dimakan masa musim hujan

Assalammualaikum kawan2 semua...apa khabar? Harap semuanya sihat selalu disamping keluarga tercinta ya.  Tak lupa juga nak ucapkan selamat hari pekerja kepada semua rakyat Malaysia, jadi sempena hari cuti ini, tambahan pula hujan sangat lebat kat luar sana. Saya cadang nak masak ayam masak lemak cili api. Perut ni asyik lapar aje...Saya memang tak boleh duduk rumah, kalau ada kat rumah satu hari, kepala otak ni asyik berputar aje memikirkan masakan yang nak dimasak, sementelaah anak2 pulak semakin meningkat dewasa, dia orang suka makan dalam kuantiti yang banyak dan kerap. 
Jadi sebagai ibu kita tidak boleh merungut, kita kan ibu, jadi kenalah berusaha dengan seikhlas yang boleh untuk menyediakan setiap keperluan anak2 dan suami. Jadi kepada adik2 yang baru nak belajar memasak atau kawan2 yang jarang atau tak pernah masak ayam masak lemak cili api, sudi2kanlah ikut resepi saya ini...Resepi ni saya hentam sendiri masa baru2 kahwin dulu...saya pakai masak aje. Sekarang ni masak adalah tambah2 sikit bahan2nya. Kalau kawan2 nak tahu, saya x pernah letak bawang kalau saya masak kuah lemak cili api.

Silakan cuba ya...

Ayam masak lemak cili api kasih sayang


Bahan2nya:

1 ekor ayam (potong kecik2, kalau boleh buanglah kulitnya)
RM2 cili api
secubit ikan bilis (kalau xde ikan bilis, pakai kiub ikan bilis knorr pun boleh)
2 btg serai (ditumbuk)
1 labu kunyit hidup
sedikit kerisik
sedikit asam keping
1/2 labu halia
2 biji kelapa diambil santan (kat kedai ada jual santan, beli santan aje senang)
2 biji tomato (potong kecik)
4 biji kentang (potong ikut suka)
Sedikit garam 
sedikit gula
sedikit air

Cara Memasak

Kisar atau blend cili api, kunyit hidup, ikan bilis dan halia sampai halus. Kemudian masukkan dalam periuk seperti gambar di bawah.Masukkan serai sekali. Tambahkan sedikit air. Didihkan sekejap.



Setelah mendidih, masukkan ayam yg telah dibasuh dan dibuang kulitnya. Tak elok makan ayam dengan kulitnya, kolestrol tinggi.
 


apabila sudah mendidih, masukkan kerisik dan tomato. Kacau seketika.




 Lepas tu masukkan santan serta kentang dan juga asam keping. Biarkan mendidih, kacau selalu dan tunggu hingga ayam empuk. Perisakan juga dengan garam dan gula.

 


 Dah siap pun. Boleh dimakan bersama ikan jeruk masin. Wow.....lapar ni. Saya makan dulu eh. Cubalah resepi ringkas saya ni. Pada sesiapa yang dah mencubanya bolehlah hantar komen kat ruangan komen ya....












No comments:

Post a Comment