I memang minat memasak

Sunday, April 7, 2013

Makanan masa kecik2 dulu

Assalammualaikum kawan-kawan semua.

Harap2 semuanya berada di dalam keadaan sihat di samping keluarga tercinta. Sebelum membaca blog ini, pastikan semua kerja di dapur dah selesai ya. Baju dah ampai, sudah sapu sampah, yang penting pintu depan rumah sudah ditutup rapat. Nanti kita leka, habislah orang masuk ke dalam rumah, kita tak perasan pulak.

Hari ni saya nak perkenalkan resepi yang saya selalu buat di rumah di kala ikan dan daging kehabisan. Malas nak gi kedai, cari aje telur dan cili api pun jadi lauk jugak. Makanan ini hanya untuk orang yang makan pedas ya, kerana resepi ini menggunakan cili api yang banyak. Saya suka makan lauk ni masa saya kecik2 dulu. Berlumba2 saya makan dengan adik beradik saya yang lain. Lauk ini sedap dimakan bersama ikan masak pindang (panggilan orang Melaka untuk lauk masak singgang)





Ambil pen dan kertas sekarang ya.

Bahan2nya:

RM5 cili api (hijau atau merah pun boleh)
4 biji telur
5 ulas Bawang merah
1 ulas bawang putih
garam secukupnya
sedikit gula
Minyak untuk menumis

Caranya:

Blend cili, bawang merah dan bawang putih.
panaskan minyak, tumiskan bahan2 blend tadi. 
Masukkan bahan2 perasa tadi dan rasa dulu.
Kacau hingga garing, kemudian masukkan telur dan kacau hingga sebati dan hingga minyak kering.
Nampak macam berketul2 maksudnya dah boleh diangkat.

Dah siap. Makanlah semasa panas, memang sedap tapi kena tahan pedaslah ya...Anak saya makan sampai keluar air mata tapi tetap nak letak banyak-banyak. Masa makan, letak kicap pun sedap.

Cubalah ya....Love u all.

No comments:

Post a Comment