I memang minat memasak

Tuesday, April 30, 2013

Enak dimakan masa musim hujan

Assalammualaikum kawan2 semua...apa khabar? Harap semuanya sihat selalu disamping keluarga tercinta ya.  Tak lupa juga nak ucapkan selamat hari pekerja kepada semua rakyat Malaysia, jadi sempena hari cuti ini, tambahan pula hujan sangat lebat kat luar sana. Saya cadang nak masak ayam masak lemak cili api. Perut ni asyik lapar aje...Saya memang tak boleh duduk rumah, kalau ada kat rumah satu hari, kepala otak ni asyik berputar aje memikirkan masakan yang nak dimasak, sementelaah anak2 pulak semakin meningkat dewasa, dia orang suka makan dalam kuantiti yang banyak dan kerap. 
Jadi sebagai ibu kita tidak boleh merungut, kita kan ibu, jadi kenalah berusaha dengan seikhlas yang boleh untuk menyediakan setiap keperluan anak2 dan suami. Jadi kepada adik2 yang baru nak belajar memasak atau kawan2 yang jarang atau tak pernah masak ayam masak lemak cili api, sudi2kanlah ikut resepi saya ini...Resepi ni saya hentam sendiri masa baru2 kahwin dulu...saya pakai masak aje. Sekarang ni masak adalah tambah2 sikit bahan2nya. Kalau kawan2 nak tahu, saya x pernah letak bawang kalau saya masak kuah lemak cili api.

Silakan cuba ya...

Ayam masak lemak cili api kasih sayang


Bahan2nya:

1 ekor ayam (potong kecik2, kalau boleh buanglah kulitnya)
RM2 cili api
secubit ikan bilis (kalau xde ikan bilis, pakai kiub ikan bilis knorr pun boleh)
2 btg serai (ditumbuk)
1 labu kunyit hidup
sedikit kerisik
sedikit asam keping
1/2 labu halia
2 biji kelapa diambil santan (kat kedai ada jual santan, beli santan aje senang)
2 biji tomato (potong kecik)
4 biji kentang (potong ikut suka)
Sedikit garam 
sedikit gula
sedikit air

Cara Memasak

Kisar atau blend cili api, kunyit hidup, ikan bilis dan halia sampai halus. Kemudian masukkan dalam periuk seperti gambar di bawah.Masukkan serai sekali. Tambahkan sedikit air. Didihkan sekejap.



Setelah mendidih, masukkan ayam yg telah dibasuh dan dibuang kulitnya. Tak elok makan ayam dengan kulitnya, kolestrol tinggi.
 


apabila sudah mendidih, masukkan kerisik dan tomato. Kacau seketika.




 Lepas tu masukkan santan serta kentang dan juga asam keping. Biarkan mendidih, kacau selalu dan tunggu hingga ayam empuk. Perisakan juga dengan garam dan gula.

 


 Dah siap pun. Boleh dimakan bersama ikan jeruk masin. Wow.....lapar ni. Saya makan dulu eh. Cubalah resepi ringkas saya ni. Pada sesiapa yang dah mencubanya bolehlah hantar komen kat ruangan komen ya....












Saturday, April 27, 2013

Cili Jeruk

Assalammualaikum

Puan Lia kembali hari ini dengan resepi baru...Ada cerita di sebalik makanan ini. Tentu kawan2 pernah makan cili jerukkan?




Suami saya kalau beli mee rebus kat Bukit Baru sana, selalu terlupa nak amik cili jeruk sekali. Makan mee rebus atau mee basah mesti nak disulamkan dengan cili jeruk. Kalau tak ada cili jeruk memang kurang rasanya. Saya selalu terfikir macam mana nak  buat cili jeruk. Kebetulan saya ada terbaca tentang chef Yang Jamil mengajar cara2 nak buat cili jeruk...apa lagi saya pun buatlah. Tadaaaaa.......




Begini....bahan2nya

1/2 kilo cili hijau yang segar
cuka masak satu botol
garam
gula ikut suka anda

Caranya:

Basuh dan potong bulat2.
Buang biji dia kalau boleh.
Keringkan cili2 tu atas tisu atau surat khabar dalam sejam atau 2 jam. Tujuannya untuk keringkan cili tu supaya tak berlapuk nanti dan tahan lama.
Lepas tu letak dalam botol kaca atau plastik pun boleh.
Tuang cuka masak tadi ke dalam botol sehingga menutupi cili hijau tu.
Letak gula dan garam ikut suka. Selalunya untuk 1/2 kilo cili saya letak 2 sudu besar gula.
Dalam 2 jam ianya sudah boleh dimakan.

Cubalah . Sedap dan tahan lama jika diletak atas meja saja. Tahan sampai 2 minggu. lepas tu letaklah dalam peti ais. Nak makan pun kena pakai sudu yang berasingan dengan sudu makan kita. kalau campurkan nanti tak tahan lama cili jeruk tu.

Siap....Saya suka sangat makan cili jeruk ni. Kadang2 bila tekak rasa tak sedap tu, saya selalu makan dengan nasi putih aje tanpa lauk. memang bertambah2 saya makan....

Okaylah.Kita jumpa lagi di lain episod. Banyak kerja lagi nak buat ni. Nak kena lengkapkan borang customer saya, banyak yang tak lengkapkan lagi ni...minggu depan nak kena submit
 Byeeeeee..love u allllllllllllll.






Sunday, April 7, 2013

Makanan masa kecik2 dulu

Assalammualaikum kawan-kawan semua.

Harap2 semuanya berada di dalam keadaan sihat di samping keluarga tercinta. Sebelum membaca blog ini, pastikan semua kerja di dapur dah selesai ya. Baju dah ampai, sudah sapu sampah, yang penting pintu depan rumah sudah ditutup rapat. Nanti kita leka, habislah orang masuk ke dalam rumah, kita tak perasan pulak.

Hari ni saya nak perkenalkan resepi yang saya selalu buat di rumah di kala ikan dan daging kehabisan. Malas nak gi kedai, cari aje telur dan cili api pun jadi lauk jugak. Makanan ini hanya untuk orang yang makan pedas ya, kerana resepi ini menggunakan cili api yang banyak. Saya suka makan lauk ni masa saya kecik2 dulu. Berlumba2 saya makan dengan adik beradik saya yang lain. Lauk ini sedap dimakan bersama ikan masak pindang (panggilan orang Melaka untuk lauk masak singgang)





Ambil pen dan kertas sekarang ya.

Bahan2nya:

RM5 cili api (hijau atau merah pun boleh)
4 biji telur
5 ulas Bawang merah
1 ulas bawang putih
garam secukupnya
sedikit gula
Minyak untuk menumis

Caranya:

Blend cili, bawang merah dan bawang putih.
panaskan minyak, tumiskan bahan2 blend tadi. 
Masukkan bahan2 perasa tadi dan rasa dulu.
Kacau hingga garing, kemudian masukkan telur dan kacau hingga sebati dan hingga minyak kering.
Nampak macam berketul2 maksudnya dah boleh diangkat.

Dah siap. Makanlah semasa panas, memang sedap tapi kena tahan pedaslah ya...Anak saya makan sampai keluar air mata tapi tetap nak letak banyak-banyak. Masa makan, letak kicap pun sedap.

Cubalah ya....Love u all.