I memang minat memasak

Zikir2 Hebat


 Surah Al-Fatihah (The Opening)

Sebagaimana yang kita semua tahu Al - Fatihah adalah merupakan salah satu rukun solat samada solat fardhu ataupun sunat. Oleh yang demikian, tanpa membacanya tidak akan terdirilah solat dan jika dibacanya mestilah betul tajwid dan makhrajnya.
Dari saiyidina Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:
Barangsiapa yang membaca Fatihatul kitab (Al-Fatihah) seolah-olah dia telah membaca Taurat, Injil , Zabur
dan Al-Furqan (Al-Quran)







Hadith ini menerangkan tentang pahala membaca Al-Fatihah yang menyamai pahala membaca kitab-kitab terdahulu yang diturunkan kepada umat nabi Daud a.s, nabi Musa a.s dan nabi Isa a.s.
Pengamalan Al-Fatihah secara istiqamah atau dawam In Sya Allah boleh menjadi benteng diri seseorang dari gangguan iblis dan syaitan, kezaliman dan kejahatan manusia serta malapetaka yang bakal menimpanya.

Betapa istimewa dan agungnya surah Al-Fatihah ini sepertimana yang telah dipaparkan dalam hadith tadi. Beruntunglah mereka yang sentiasa terdorong untuk membaca Al-Fatihah ini setiap hari seperti di dalam solat-solat fardhu dan sunat, di permulaan waktu kerja seharian, di awal majlis taklimat dan mesyuarat, di rumah, sekolah, masjid, di dalam perjalanan, di dalam waktu senang, susah, sakit dan berbagai-bagai keadaan lagi.

Terbukti kepada kita keistimewaan yang menghiasi Al-Fatihah ini sehingga para ulamak menyifatkannya sebagai ayat-ayat Allah yang tidak putus-putus meniti dari bibir ke bibir dan tersemat erat di dalam jiwa mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat dari zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah ke hari Kiamat nanti. Inilah salah satu kelebihan fadilat Al-Fatihah yang sukar ditandingi oleh kalimah-kalimah lain sepertimana agungnya kalimah Taiyyibah (Laila ha illallah) dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.


Saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan kat luar sana tentang apa yang saya amalkan dengan ayat Al-Fatihah ini. Marilah kita sama-sama bertaubat ke jalan Allah kerana secara tak sedar kita adalah jahil dalam agama kita sendiri. Kita jauh tertinggal dengan amalan2 yang selalu Rasulullah amalkan semasa hayat baginda. Saya ada diberitahu oleh saudara saya yang berguru dengan guru yang mengajar ilmu tasauf (ilmu mengenal diri) supaya mengamalkan amalan-amaln ini. Kebetulan ibu saya sedang uzur dan saya rasa amalan ini amatlah berguna diwaktu-waktu ini.

Al-Fatihah - Dibaca 7 kali kemudian berdoalah pada Esa apa yang kita mahukan.
                    Dibaca selepas solat fardhu atau sunat.
                    Dibaca 7 kali lagi selepas berdoa sehinggalah yang kita mampu.Yang pasti selepas                     7 kali membacanya mestilah berdoa kemudian diteruskan lagi membacanya.

Saya baru amalkan membacanya selepas solat malam. In Sya Allah kita mintalah apa yang kita nak disamping kita amalkan yang wajib juga meninggalkan apa yang dilarang. Kalau boleh selalulah solat sunat taubat dahulu setiap hari. Jadikan malam kita sebagai sebahagian siang hari kita.


No comments:

Post a Comment