I memang minat memasak

Petua

Petua untuk kesejahteraan dalam rumahtangga dan untuk ketenangan diri.

Allah Maha Kaya.....di sini saya ingin berkongsi amalan yang selalu saya buat tak kira di rumah atau di luar.
Sebelum saya memasak atau melakukan apa saja pekerjaan, perkara pertama yang saya mesti sebut adalah Bismillah (saya rasa semua orang buat yang samakan?) Tapi saya teruskan dengan selawat ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad (s.a.w). Selagi saya tak sampai ke destinasi yang dituju, mulut saya akan sentiasa berkumat kamit mengucap selawat. Juga semasa memandu, jangan lepaskan selawat dalam hati. Selawatlah atau sebutlah Laillahaillallah sebanyak yang mungkin. Hati kita mestilah sentiasa mengingatiNya barulah Dia ingatkan kita juga.
Juga sebutlah Ya Haiyu ya Qaiyyum semasa melakukan apa2 pekerjaan pun. Saya selalu menyebutnya semasa memasak, membasuh beras, ayam ataupun membasuh baju. Tuhan akan merapatkan silaturrahim dalam keluarga kita. In Sya Allah. Amalkan. Kita pun sedia maklum dalam menghafal Asmaul Husna (nama2 Allah), kita akan bebas dari azab kubur, segala pekerjaan kita akan menjadi lebih senang dan dipermudahkan.Perkara yang baik saya kongsikan bersama. Saya pun manusia biasa, banyak kesalahan dan dosa saya lakukan samada yang nampak atau tersembunyi. Hanya Allah yang tahu. Selalulah memohon ampun kepadaNya .Wallahualam.

No comments:

Post a Comment